kesdec

Pusat Latihan Bukit Jelutong, Machang

In Tak Berkategori on Januari 17, 2009 at 4:17 am

i) Pentadbir Pusat Latihan dan Bengkel
bertanggungjawab dalam semua hal ehwal awam, bengkel dan pengurusan pejabat di sana.
ii) Unit Penyelenggaraan dan Pembaikan Kereta
menyelia kursus dan bengkel automotif
iii) Unit Penyelenggaraan dan Pembaikan Motor
menyelia kursus dan bengkel teknikal motorsikal
iv) Unit Fibre Glass berkenaan
menyelia kursus dan bengkel Fibre Glass
v) Unit Kimpalan
menyelia kursus dan bengkel kimpalan
vi) Unit air-Cond
menyelia kursus dan bengkel sejuk beku
vii) Warden Asrama
menyelia asrama dan disiplin pelajar-pelajar KESDEC.

Jabatan Sumber Manusia

In Tak Berkategori on Januari 17, 2009 at 4:16 am

i) Unit Akaun dan Pentadbiran
bertanggungjawab mengurus perakaunan, fail-fail dan urusan pentadbiran KESDEC.
ii) Unit Teknologi Maklumat (IT) dan sokongan
merupakan unit yang bertindak mengurus berkenaan teknologi komputer, juruteknik, multimedia dan membantu unit sokongan lain dalam mentadbir KESDEC.
iii) Unit Latihan Industri dan Kemahiran
merupakan unit yang mengurus kemasukan pelajar-pelajar dan hal ehwal pelajar-pelajar KESDEC.
merangkumi pengrekrutan dan pengeluaran pelajar-pelajar KESDEC yang bermutu tinggi.
bekerjasama dengan institusi-institusi usahawan dan kemahiran lain untuk mengembangkan lagi sayap KESDEC sebagai Pusat Latihan dan Keusahawanan yang berkualiti.
menjana penapatan tahunan KESDEC melalui pengrekrutan pelajar-pelajar dalam kursus yang ditawarkan.
iv) Unit Pembangunan Penyelidikan dan Pusat Sumber
penambahbaikan intelektif yang merangkumi penyelidikan, penghasilan dan pengumpulan modul-modul latihan MLVK serta latihan kemahiran yang ditawarkan oleh KESDEC.
menyediakan ilmu-ilmu selain kemahiran seperti motivasi dan perkayaan bahasa. Ia juga akan membantu dan membangunkan sistem pengurusan KESDEC dalam bidang keilmuan dan kemahiran selaras dengan perkembangan teknologi dan ekonomi masa kini.
v) Unit Hal Ehwal Korporat dan Perhubungan Awam
menyelia komunikasi eksekutif dengan jabatan-jabatan awam lain, koperasi-koperasi, persatuan-persatuan, sekolah-sekolah dan syarikat-syarikat swasta.
memperkenalkan KESDEC kepada orang kenamaan dan melalui perhubungan eksekutif yang dijalinkan.

Jabatan Pembangunan Keusawahanan & Kemahiran

In Tak Berkategori on Januari 17, 2009 at 4:16 am

) Unit Pelaburan dan Francais
Unit ini berperanan sebagai pembentukan dan penjanaan usahawan kendiri pelajar-pelajar dan usahawan KESDEC melalui bantuan pelaburan modal yang akan diberikan oleh KESDEC.
bertindak mengikut spesifikasinya iaitu memberi suntikan modal, mengurus modal dan membuat pemantauan terhadap perkembangan perniagaan pelatih KESDEC dari masa ke semasa.
i) Unit Pembangunan Perniagaan
berperanan melahirkan usahawan yang berilmu dan kompetitif dalam memajukan pernigaan yang telah diceburinya.
menganjurkan kursus-kursus yang berkaitan usahawan dan motivasi keusahawanan.
membantu usahawan dari segi pembentukan motivasi bagi melahirkan usahawan yang berprofesionaliti tinggi dalam mutu usahawan.
iii) Unit Pemasaran dan Pengiklanan
mengurus dan memasarkan komponen-komponen yang akan memberi pendapatan kepada KESDEC. Antaranya, sewa dewan, sewa kelas dan sewa makmal bahasa.
bertanggungjawab dalam mengurus hal-hal yang berkaitan pengiklanan tawaran kursus, program-program dan aktiviti kepada yang dijalankan oleh KESDEC kepada masyarakat luar.
Jabatan Pembangunan Keusahawanan ini berperanan membentuk usahawan namun, Jabatan ini amat penting dalam memberi impak besar terhadap pendapatan tahunan KESDEC.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.